Friday, June 11, 2010

ADAKAH INI CARA ANDA MAKAN ?


Tiada Sarapan Pagi
Bangun pagi-pagi�terpaksa tergesa-gesa ke sekolah pula! Anda mungkin ingin tidur beberapa minit lagi, tetapi jangan lupa makan sarapan pagi!
Dengan bersarapan pagi, anda boleh melangkah ke kelas dengan penuh semangat. Sarapan pagi ialah hidangan pertama yang memulakan hari anda dengan tenaga dan zat-zat penting. Tanpa sarapan pagi, anda mungkin kabur sepanjang hari.

Enggan Makan?
Adakah anda sering enggan makan kerana berasa penat, cuba mengurangkan berat badan atau tiada selera untuk makan?
Uh-oh, itu tanda yang buruk. Badan anda akan terjejas jika anda selalu enggan makan. Anda akan berasa kurang bertenaga untuk berfikir, belajar dan bergiat aktif, dan anda tidak akan mendapat nutrien-nutrien yang boleh membantu badan anda membesar dan berfungsi dengan baik. Dan jangan sekali-kali fikir bahawa ini adalah cara yang baik untuk mengurangkan berat badan! Anda akan berasa sangat lapar kerana tidak makan untuk satu sajian, dan mungkin akan makan lebih banyak untuk sajian berikutnya. Berat badan anda akan bertambah lebih banyak.

Gemarkan Makanan Segera
Anda gemar melepak di restoran makanan segera, kan? Berhati-hati dengan apa yang anda makan di sana! Terdapat sesetengah makanan segera yang berlemak tinggi, tapi kurang zat karbohidrat dan serat. Terlalu banyak makanan jenis ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Ia boleh menyebabkan anda berlebihan berat badan, atau obes. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit merbahaya seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi atau diabetes apabila anda meningkat usia. Penyakit-penyakit seperti ini akan menghancurkan segala peluang anda untuk menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.


Ketagih Snek
Adakah anda selalu makan snek apabila melepak dengan kawan-kawan, atau apabila menonton televisyen?
Tabiat seperti ini mungkin menimbulkan pelbagai masalah. Pertama sekali, anda mungkin terlalu kenyang (setelah memakan snek-snek tersebut) hingga tidak dapat makan tengahari atau makan malam yang sempurna.
Kedua, ada sesetengah snek yang terlalu masin (seperti keropok dan kentang goreng), terlalu manis (seperti jeruk dan lolipop) atau terlalu banyak krim atau lemak (seperti kek). Snek-snek seperti ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi tetapi kandungan nutriennya sangat rendah. Jadi, terlalu banyak snek-snek tersebut boleh membesarkan saiz pinggang anda dan membawa petanda B-U-R-U-K untuk kesihatan anda.

Memilih Makanan Manis
Gula-gula, coklat, aiskrim - wahlau, seronoknya! Tetapi anda perlu menjaga berapa banyak yang anda makan, kerana terlalu banyak makanan manis seperti ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan manis terdiri daripada gula ringkas, jadi ia mudah menyebabkan berat badan anda meningkat. Snek manis dan bergula juga boleh merosakkan gigi anda. Bayangkan diri anda dengan lubang-lubang dalam gigi anda!

Makan Lewat Malam
Mesti makan lewat malam sebelum tidur ? Ini tabiat yang kurang baik. Makan lewat malam bererti anda mendapat banyak tenaga daripada makanan itu, tetapi anda tidak menggunakan tenaga tersebut. Apa yang akan terjadi seterusnya ? Tenaga dari makanan itu akan disimpan dalam badan anda sebagai lemak!

 
>>>taken from http://www.nutriweb.org.my/nutriteen/bahasa/caramakan.shtml credit goes to them..
 

No comments:

Post a Comment

"the story of my life"